Isnin, 23 Mei 2011

RESEPI KEK SPAN


SPOUNGE KEK (blog zuraini alias)-mohon copypaste ye...

Bahan kek:

(A)

100 ml air
5 biji kuning telur
45 ml minyak masak
70 gm gula kastor
140 gm tepung gandum/superfine
1 sudu teh serbuk penaik
Sedikit esen vanila

(B) (untuk meringue)

5 biji putih telur
70 gm gula kastor

Cara buat kek:

1. Pukul air, kuning telur dan minyak masak hingga berbuih. Masukkan gula & esen vanila, pukul hingga kembang. Masukkan sedikit demi sedikit tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik. Jika menggunakan tepung naik sendiri, serbuk penaik ini tidak diperlukan lagi.

2. Pukul putih telur hingga berbuih di dalam mangkuk yang berasingan. Masukkan gula, pukul lagi. Pukul hingga bertanduk & diterbalikkan adunan tidak jatuh.

3. Satukan bahan B ke dalam bahan A secara berperingkat. Kaup kedua adunan ini dengan spatula/senduk kayu saja. Jangan guna mixer.

4. Setelah sebati, masukkan ke dalam loyang. Masukkan ke dalam oven selama sejam. Suhu 160°Celsius. Guna kaedah steam bake/bain-marie/water bath. Sebaiknya oven dipanaskan terlebih dahulu. Guna api bawah saja.

5.  Setelah sejuk, bolehlah dipotong lintang 2-3 lapisan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan